Wednesday, 4 December 2019

TIPS SKOR AND A BAHASA ARAB/ LAM ! 🤩

Hye! Assalamualaikum wbt! Fas nak share cara or tips nak dapat A dalam bahasa Arab atau Lam (Lughatul Arabiah Mua'sirah), Lam ni untuk pelajar alirin DINI (di sekolah menengah agama yg mengambil aliran ini). Btw, tips ni bukan untuk pelajar sekolah menengah sahaja. Pelajar sekolah rendah pun boleh jugak. Fas bukannya nak menunjuk or nak bangga sebab Fas dapat A subjek Lam ni, just nak share sahaja cara nak skor. Sharing is Caring right? :)

TIPS A BAHASA ARAB/ LAM:

1. First thing first, kita kenalah... NIAT. Dalam hadits dah ditulis :

     إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُوْلِهِ ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُها أو امرأةٍ يَنْكِحُهَا فهِجْرَتُهُ إلى ما   هَاجَرَ إليه
Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Siapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau kerana wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang ia tuju.” (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 1 dan Muslim, no. 1907]
 Ha... Niat betul barulah dapat A disamping usaha!
2. Kena MINAT.
 Uish, Fas memang minat gila dengan subjek ni, sejak sekolah rendah lagi, itu yang UPKK Bahasa   Arab dapat A tu. Hehe. Bukan nak bangga, ini nak tunjuk bukti kalau kita minat sesuatu tu, mesti   kita usaha betul tak? Lepas minat ofc lah kena usaha, kalau minat tapi tak nak usaha tak jalan   jugak. Sama jugak macam usaha nak dapat gf/bf, kenalah usaha, tackle dia, usha dia, mintak   nombor, contact, ajak couple, and then berjaya.. Eh sorry, lari tajuk, haha. Btw, COUPLE HARAM   TAU!
 Korang kena cakap dekat diri sendiri and yakin, "Bahasa Arab senang!" "Saya boleh!". Ha.. cuba   tengok budak-budak minat KPOP, dia punya obses suka tu sampai usaha nak belajar bahasa   idola diorang. Tengoklah kebaikan orang, jangan tengok keburukan orang, kalau nampak tegur   dengan berhikmah, bukannya membawang (mengumpat). Ada faham kan??? :)
3. FOKUS!
Alah, semua subjek pun sama jugak kena fokus, fokus ustaz/ustazah ajar apa kat depan tu, kesian tau ustaz/ustazah tu mengajar, habiskan air liur untuk mengajar. Kita pulak, boleh pulak sembang kat belakang. Saya cakap untuk diri sendiri jugak, saya pun sama je,huhu.
Yang paling kena fokus adalah tajuk: Kalimah الكلمة, isi dia ialah yg ini:
  -isim   - اسم        : muzakkar/muannas, mufrad/mustanna/jama', I.isyarah, I.mausul, adad
  -feel    - فعل       : domair
  -harfu  - حرف     : kata penyambung
  -domair - الضمائر : F.madhi/F.mudhori'/F.amar
Semua ni penting, lagi-lagi nak buat karangan, ini sangat penting dan patut dikuasai. Selain tu, vocab pun kena hafal supaya nanti nak buat ayat atau karangan senang.

*kalau tak faham/ nak tahu/ ajar boleh chat ngan Fas dekat Gmail ; callmefas29@gmail.com
  maaf, nama Gmail tak matang, sebab takdak idea nak tulis apa, haha. :D



Okay, itu je tips dari Fas, apa-apa boleh chat okay? Maaf banyak bebel ja dalam page ni, haha, 
Bye, assalamualaikum!

Salam Sayang,
       Fas

No comments:

Post a Comment